Wednesday, February 27, 2019

Heavy Duty Mixer's Whippers - A Case Study


Heavy Duty Mixer's Whippers

M. A. H.  Samsudin,  M. S. A. Shaharuddin,  A. M. Che Wan Padzilah@Ishak, M. I. S Mohammed Hussien Shah

Rinkasan Permasalahan
    Pada 27/2/19 kumpulan kami telah membuat lawatan ke kilang roti ataupun lebih dikenali sebagai Syarikat Serumpun. Kilang ini menghasilkan pelbagai jenis roti dan juga kek untuk dihantar ke kem tentera serta hospital. Hal yang demikian, kuantiti roti yang perlu dihasilkan dianggarkan dalam 700 ke 800 biji sehari, tidak termasuk kek tempahan untuk majlis tertentu.  Oleh kerana penghasilan yang agak banyak, jejari pada pengadun sering mengalami masalah ataupun kerosakan akibat perlu mengadun bahan-bahan untuk membuat roti dalam jumlah yang besar. 

        Setelah menemu bual pembuat roti di kilang tersebut,  masalah ini sering berlaku dan mereka perlu membeli pengadun baru kerana kekunci pengadun yang memegang pengadun tidak sama seperti yang selalu ada dipasaran. Oleh itu, apabila patah mereka perlu membeli ataupun menempah untuk menukar bahagian tersebut. Masalah ini berlaku kerana adunan agak berat,  yang bermakna tekanan pada jejari agak tinggi sehingga menyebabkan jejari tersebut patah. 




No comments:

Post a Comment